Malas nak ke Ikea, Gunakan Khidmat Personal Shopper.

Assalammualaikum, pehhhh lama gila tak update blog. hehe

Aku ni sebenarnya salah seorang peminat barangan Ikea, 
walaupun sebenarnya leceh sebab nak kena DIY barang bila nak pasang. Jenuh weii..haha

Contohnya before ni beli Sofa, rak, kerusi Meja utk Office, semua nya kena pasang sendiri. Walaupun tak susah sebab ada guide yg diberi tapi penat la jugak. haha. 
Salah pasang, habis kena start dari mula, adehh..
Tapi nak taknak, kena la pasang jugak. Kalau tak pasang, sape nak pasang? huhu.

Lagi satu yg aku malas betul la dengan Ikea, bila pergi Ikea, cabaran utk tak beli barang lain tu sangat tinggi ye. Bajet nak beli 1 kerusi, tapi bila sampai kaunter, hambik macam2 jenis barang kau bawak sebab rambang mata. Wuuu!

So sekarang ni, aku ambil alternatif untuk upah Personal Shopper Ikea. Kali ni aku kirim belikan Meja, Rak, Magnetic apa ntah nama lepas tu Spice Bottle, eh. 

Sebabnya, aku malas nak ke sana, bawak anak kecik2 3 orang ni. 
Susah woi..nak pilih2 pun rasa tak terpilih. haha.
 Upah pun tak mahal sangat, berbaloi sangat dari hadap jem nak ke sana. haha

Apa sebenarnya inti Entri aku kali ni?
Ntah lah , aku pun tak tau. hahaha. K bye.

Comments

Popular posts from this blog

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Lantai Bilik Air Bocor.

Senarai Lubuk Pembekal Barangan Niaga